Pages

Monday 11 July 2011

Malam Ketujuh dengan Afi: Cantik vs Tak Jelita, Hensem vs Tak Kacak

Wah! Dah malam ketujuh la. Dah seminggu korang bermalam dengan Afi. Korang apa khabar? Sihat tak? Alhamdulillah. Kalau sakit, pergi telan panadol cepat. Pastikan panadol Acti-Fast tau. 

Aku tertarik nak mengupas isu yang Kacai timbulkan sebelum ini. Ala, post yang ada gambar Tom Cruise tu. Dah ingat dah? Maaflah kalau korang terpaksa klik older post. Idea tak berapa nak dekat dengan aku dua tiga menjak ni.

Pernah dengar satu... erm mungkin boleh la dikatakan falsafah? Erm... tapi rasa macam tak sesuai pulak. Whatever la kan. Begini bunyinya, 'Perempuan cantik, pasangannya lelaki yang tak berapa nak hensem dan lelaki yang kacak diciptakan untuk perempuan yang tak berapa nak jelita.'

Siapa setuju, angkat tangan?

Siapa tak setuju, angkat kaki?

Okey. Sekarang dah boleh turun. Fuh! Lenguh tangan dengan kaki aku angkat lama-lama (Siapa suruh baca... opss... tulis lambat-lambat).

Sebenarnya, kejadian berpasangan itu dah ditentukan oleh-Nya. Sesiapa yang masih solo macam aku ni, tak payah bimbang sangat la walaupun umur dah banyak. Sebab, one fine day nanti korang akan bertemu jugak dengan pasangan korang.

Haish! Aku bukan nak cakap pasal kahwin. Aku nak cakap pasal kecantikan. Adeh!

Seperti yang disebut oleh Kacai sebelum ini, kecantikan itu... is in the eye of the beholder. Macam Kacai kata Tom Cruise tu hensem. Aku kata muka dah tua tu. Tak ada nya hensem lagi. Lihat, perbezaan pendapat antara aku dengan Kacai.

Macam itulah dengan realiti sehari-harian. Kalau korang pergi majlis kahwin dan tengok bini kawan kau tu biasa-biasa aje sambil dalam hati kata, "Setakat yang macam tu je dia dapat. Aku boleh carik yang lagi comel."

Korang tak patut tau cakap macam tu. Sebab kawan korang tu dah kata bini dia cantik. Kau kena hormat pilihan dia. Kalau tiba pilihan korang, ada yang cakap macam tu, macam mana? Kecik tau hati.

Kalau ada orang cerita pasal fizikal jejaka atau puteri idaman diorang, korang tadah je telinga.

p/s: Cantik bagi aku macam Syarifah Amani. Hensem pulak macam Johan Asari.

2 comments:

Anonymous said...

hahhahahha..lawok r entri ni

Fatiya said...

erm..lawak tang mana tu? thanks coz sudi baca tulisan yang x seberapa ni..