Pages

Friday 28 October 2011

Malam Kesembilan dengan Afi: Hubungan Tanpa Wajah

Hubungan tanpa wajah ini maksudnya hubungan (merujuk kepada hubungan lelaki dan perempuan) yang terjadi tanpa mengenali wajah kenalan masing-masing. Biasanya hubungan ini terjadi akibat tersalah hantar masej ke nombor telefon orang lain atau mungkin juga saje-saje berkenalan di chatting room atau mungkin juga di laman web sosial.

Okey. Aku terlupa, okey.

Korang apa khabar? Korang mesti rindu aku, kan? Sebab aku dah lama sangat tak jenguk korang. Well... well... well... aku semakin dewasa dan komitmen semakin berat tergalas di bahu.

Korang pernah berkenalan dengan orang yang tak dikenali?

Aku baru dapat stoty dari sorang kawan aku. Dua tahun lepas, dia dapat SMS berbaur keganasan daripada seseorang yang tak dikenali. Lepas diterangkan, ternyata si penghantar SMS tu dah tersalah orang. Maka, kawan aku yang perempuan ini pun melayan-layan si penghantar SMS. Kononnya nak buat penghibur diri yang kesepian. Tapi, kawan aku tu kata, dia banyak jugak la klentong si lelaki penghantar SMS seperti umur, nama dan sebagainya. Mereka dah lama tak berhubungan, tetapi dua tiga hari lepas, kawan aku kata lelaki tu call dia dan mintak add facebook sebab nak tengok gambar. Dia pun tipu nama facebook yang mungkin tak wujud. Dia tanya aku, wajar ke tindakan dia tu? Sebab apa? Sebab dia kata ada je orang yang bertemu jodoh dengan cara macam tu dan dia takut la orang yang dia nak elak sangat tu jodoh dia.

Meh sini, aku nak kasi jawapan.

Kepada kawan aku yang hanya mahu dikenali sebagai IFA (bukan nama sebenar)

Kau tak payah la nak rasa terdesak sangat. Umur kau pun bukannya tua sangat pun lagi. Baya-baya aku je (aku muda belia lagi tau). Memang la kalau kau compare zaman mak-mak kita tu, umur macam ni dah ada anak. Tapi zaman sekarang ni, aku rasa tak payah la nak rasa macam mak-mak kita tu. Enjoy your life, paling penting, habiskan pengajian dulu. Belajar pun tak habis lagi dah gatal nak berendut dengan lelaki yang entah sesiapa tu.

Buatnya lelaki tu dah ada anak bini.

Tak ke kau terlibat dengan aktiviti meruntuhkan rumah tangga orang. Kes naiya besar punya tu. Better la kau carik kawan-kawan kau buat penaman diri di kala sunyi. Mana la tahu in the end korang boleh tersangkut. At least, kau tahu kawan kau tu macam mana.

Jodoh pertemuan, ajal maut iu di tangan Tuhan.

Bagi aku, hubungan tanpa wajah ni satu penipuan. Berapa banyak pompuan yang dah kena tipu sebab percaya sangat dengan hubungan tanpa wajah ni? Kan dah masuk paper hari tu. Nak jadi macam tu dulu ke?

Kalau ada jugak jodoh korang, kau elak-elak pun sekarang, nanti-nanti jumpa la. Bukan dengan cara hubungan tanpa wajah la. Aku sangat encourage korang yang kat luar sana tu, jangan percaya sangat hubungan tanpa wajah ni, yau!

Thursday 11 August 2011

Malam Kelapan dengan Afi: Yang laku tu, orang kaya macam ....

Aku pandang sebuah rumah banglo yang tersergam indah di hadapan mata. Aku senyum selebar yang mungkin. Kaki aku mula menapak masuk ke dalam. Mata aku terbutang luas melihat hiasan dalamannya. Aku lantas menghenyak punggung ke sofa yang empuk. Fuh! Kelegaan berganda.

"Afi!" Aku dengar ada suara memanggil aku. Aku berpaling ke arah suara yang memanggil. Aku nampak ada seorang lelaki berjalan dengan penuh gaya ke arah aku. Aku memberi senyuman segaris, SEGARIS sahaja.

"Dah lama sampai?" Lelaki itu bertanya ramah.

Aku menggeleng, "Baru aje. Sofa empuk kau ni pun tak panas lagi," aku memberitahu sambil menghulur tangan, bersalaman dengan lelaki tuan rumah.

Lelaki tuan rumah ketawa besar. Aku sekali lagi mempamer senyuman segaris. "Pandai kau buat lawak sekarang."

Aku senyum segaris lagi. Membuat lawak bukan bidang kepakaran aku. Aku hanya pandai menulis dengan kadar kelajuan yang tinggi sahaja. Itu istimewanya aku.

Aku kembali melabuhkan punggung di atas sofa yang empuk. Lelaki tuan rumah juga sudah mengambil tempat di hadapan aku. "Kau berhenti la kerja menulis ni, Afi," lelaki tuan rumah memberi nasihat.

Aku menggaru kepala. Aku ke mari kerana mahu menemu ramah lelaki tuan rumah. Tetapi, lelaki tuan rumah pula yang terlebih dahulu memancing aku untuk berbual ke arah lain.

"Setakat tulis kat blog, berapa sangat yang kau dapat, Afi. Admin kasi kau berapa aje?" Lelaki tuan rumah terus membuatkan aku rasa geram. Aku bukan nak banyak sangat pendapatan. Sebulan dapat dua tiga ratus untuk pelajar macam aku ni, okay apa. Bukan aku nak serius sangat pun. Lepas aku beli sebijik Smena 8M.

Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Bertenang!

"Aku bukan apa. Aku kesian tengok kau. Umur kau dah lanjut juga, tapi masih tak ada pasangan."

Darah aku semakin menyirap. Ini tidak boleh jadi. Umur aku baru berapa tahun, belum masuk kategori tak laku lagi tau!

"Kau tahu sebab apa kau tak ada pasangan lagi?"

Aku menarik nafas, menghembuskannya perlahan dan memberi senyuman segaris.

"Kau setakat kerja menulis kat Pillow Talk dengan gaji yang tak seberapa tu, siapa yang nak? Silap-silap hari bulan, duit makan pun tak lepas. Sebab tu kau tak laku."

Aku menggigit bibir. Aku tahu kerja aku ini tidaklah membuatkan aku jadi orang yang kaya. Aku juga tahu lelaki tuan rumah hanya mahu bergurau senda dengan aku. Aku tak kisah.

"Yang laku tu, orang kaya macam AKU."

Yang ini aku tak boleh bersabar lagi. Aku angkat punggung dan meninggalkan rumah banglo itu. Lelaki tuan rumah kelihatan terpinga-pinga.

"Afi, kau kata nak interview aku."

Aku terus berjalan ke hadapan, langsung tidak berpaling.

"Terlepas peluang aku nak masuk blog Pillow Talk."

Aku dengar lelaki tuan rumah berkata. Aku melangkah dengan kelajuan maksimum hingga ke hujung jalan. Aku melepaskan ketawa.

p/s: Kau provok aku pun, kau masuk blog Pillow Talk. Aku tak kaya, tapi aku baik.

Monday 11 July 2011

Cinta and Suka,ada beza ke?


                                                  Source: Google images


dua gambar kat atas berbeza kan?
satu gmbr 'love'
dan yg satu lagi gmbr 'like' button kt fb

inilah isi entri aku pada kali ni..iaitu tentang love n like..
pada korg..same ke love n like?

suka x semestinyer cinta.
cinta mestilah kena suka.

mgkin rmai yg kite suke
baik suke pada lelaki or pompuan
sbb kalo xde sifat suke ni
cmne kite hidup dlm dunia yg rmai manusia ni

kite suka dak ni, sbb dia hitam mnis
suke dak yg kecik tu, sbb dia peramah..byk ckp
suke yg tinggi lampai, sbb suke tgk gaya dia ala2 model
suke yg gempal, sbb dia nmpk comel n cute..

itu antara yg kite suke..
tp x slalunyer kite dpt ape yg kite suke..
last2 dpr partner yg kite x bape suke pada mulanya..
bernikah n bercintalah dgn dia..

so, tu la serba sikit pasal cinta n suka. Harap korg suke baca nih. =)

p/s: jgn lupe senyum tau.



























Malam Ketujuh dengan Afi: Cantik vs Tak Jelita, Hensem vs Tak Kacak

Wah! Dah malam ketujuh la. Dah seminggu korang bermalam dengan Afi. Korang apa khabar? Sihat tak? Alhamdulillah. Kalau sakit, pergi telan panadol cepat. Pastikan panadol Acti-Fast tau. 

Aku tertarik nak mengupas isu yang Kacai timbulkan sebelum ini. Ala, post yang ada gambar Tom Cruise tu. Dah ingat dah? Maaflah kalau korang terpaksa klik older post. Idea tak berapa nak dekat dengan aku dua tiga menjak ni.

Pernah dengar satu... erm mungkin boleh la dikatakan falsafah? Erm... tapi rasa macam tak sesuai pulak. Whatever la kan. Begini bunyinya, 'Perempuan cantik, pasangannya lelaki yang tak berapa nak hensem dan lelaki yang kacak diciptakan untuk perempuan yang tak berapa nak jelita.'

Siapa setuju, angkat tangan?

Siapa tak setuju, angkat kaki?

Okey. Sekarang dah boleh turun. Fuh! Lenguh tangan dengan kaki aku angkat lama-lama (Siapa suruh baca... opss... tulis lambat-lambat).

Sebenarnya, kejadian berpasangan itu dah ditentukan oleh-Nya. Sesiapa yang masih solo macam aku ni, tak payah bimbang sangat la walaupun umur dah banyak. Sebab, one fine day nanti korang akan bertemu jugak dengan pasangan korang.

Haish! Aku bukan nak cakap pasal kahwin. Aku nak cakap pasal kecantikan. Adeh!

Seperti yang disebut oleh Kacai sebelum ini, kecantikan itu... is in the eye of the beholder. Macam Kacai kata Tom Cruise tu hensem. Aku kata muka dah tua tu. Tak ada nya hensem lagi. Lihat, perbezaan pendapat antara aku dengan Kacai.

Macam itulah dengan realiti sehari-harian. Kalau korang pergi majlis kahwin dan tengok bini kawan kau tu biasa-biasa aje sambil dalam hati kata, "Setakat yang macam tu je dia dapat. Aku boleh carik yang lagi comel."

Korang tak patut tau cakap macam tu. Sebab kawan korang tu dah kata bini dia cantik. Kau kena hormat pilihan dia. Kalau tiba pilihan korang, ada yang cakap macam tu, macam mana? Kecik tau hati.

Kalau ada orang cerita pasal fizikal jejaka atau puteri idaman diorang, korang tadah je telinga.

p/s: Cantik bagi aku macam Syarifah Amani. Hensem pulak macam Johan Asari.

Wednesday 29 June 2011

cuti cuti cuti o yeah!

dah tibe rasenyer untuk ak bercuti..
bercuti dr segala bende yg selama ni ak slalu buat..
or bercuti dr bende yg ak x penah buat tp cuma berangan..
atau pun jugak bercuti bende2 yg ak xnk tgk tp terpkse gk kna tgk..

cuti..memg bes pon
sbb ak leh lepak ngan famili
n leh lepak gk ngan kengkwn
n leh gk release tension slame ni

ak x saba utk pulang ke kmpung
atau mgkin ke tmpat2 yg menenangkn cm cameron hi-land, tioman island, pangkor, n byk lg
Jordan tunggu ak datang
Aussie akan ku sampai

sajak CUTI INI.....ak dedikasikan khas untuk diri sendiri  =)

cuti yg ada ini
sbnrnye ada 1000 erti
yg sukar ak ekspresi
untuk korg2 fahami

cuti ini bw mkna
yg ak harus melupakn dia
kerana kulit kami x sewarna
ak n dia byk bezanya

cuti ini mengajar ak byk bende
bende yg simple2 je
tp besar kesannye
pd diri ak yg x reti sgt sal cinta n suke

cuti ini ak abadikan untuk dr sendiri
untuk lebih kenal akan diri
dan juga org yg ak sukai atau yg ak cintai
mana yg akan ak pilih nanti

cuti ini  ak ingt ak nk duk lepak2 ja
cuba release tension yg ada
mudah2 an ak akn lebih tenang n gumbira
untuk melangkah pada hari muka

p/s: tuk semua yg ada hati...gune kn mase cuti anda utk merawat n menjaga hati dgn sebaiknyer..Kalo kite x jaga hati kite, sape lagi?

Sunday 19 June 2011

Jelita, cantik, cun, comel, handsome and macho..is in the eye of the beholder

Korg penah berangan x?
or dgr angan2 kawan2 korg?

kononnya..

'suami ak nanti kena handsome..
...tinggi 6 kaki setengah...
...kulit cerah..mata jangan terbukak sangat...biar redup2 je..tenang ak tengok...
...pastu kna nakal cket..suka usik2 aku...
..romantik of course, ni criteria wajib kna ada...'


Sumber: Google Images/ Tom Cruise

yg pling xtahan...sume kriteria tuh xde pada ko? lagi sedeyh kalo ko plak syok kat kawan ko tuh..
ni memang kes paling kesianlah...hahahha..ak x sanggup nk bygkan perasaan korg time tuh...

mungkin korg akan kata kt kwn korg tuh dlm hati ' ko kena ke cakap kat ak sume ni?'

macam tu lah hidup ni kan..
ko, ak n sume org pon ade taste tersendiri..
yg bole membuatkan kita suka or tak pada sesuatu benda tuh..


Sumber: Google Images/Beauty

cam kes cantik, n handsome ni...amatlah subjektif..
mungkin seseorg tu cntik or hensem kt mata ko..
tp mgkin 'just ok' kt mata org laen...

kalo lah sume org define cantik tuh kena sebijik cam aishwarya rai...
n hensem lak cam brad pitt...
adohai...payah la nanti..
dalam dunia ni pon sorg je aishwarya n brad...
takkan sume nk rebut yg tuh je kan?...

korg penah dgr kata2 ni ' dari mata jatuh ke hati' ?
kalo penah bagoslah...
sebab dalam hal2 nak kasi org suka kat kita..or kita suka kat orang..
ni lah kriteria pertama...
kalo lepas yg ni...(dgn kata lain, mata kata ok...)
ade chance lah nk lpas yg laen2 gak...

so korg2 kt luar sana..
sama2 jaga appearance kite ye...
biar sedap mata yg memandang...
tp make sure masih dlm batas agama...=)

p/s: cantikkan akhlak dulu, insyaallah terserlah lah kecantikan luarannya nanti..

Friday 17 June 2011

Malam Keenam dengan Afi: Sumber Inspirasi

"Apasal nak couple?" Aku tanya direct pada sorang mamat yang ada awek cun dengan nada jeles. Bukannya apa, aku nak juga tahu apa istimewa bila ada couple. Aku masih suci daripada najis couple (maaf kalau korang rasa keterlaluan).

Mamat yang ada awek cun tersenyum lebar. Mungkin dia bangga kerana ada awek cun. Aku menunggu dengan sabar. Kata nak buat kajian, aku kena terima reaksi sebegini. Mungkin mamat yang ada awek cun itu mahu berfikir dahulu, mahu memberikan aku jawapan terbaik. Aku mana tahu, kan?

"Couple ini memberi sumber inspirasi. Dia bagi aku semangat. Dia bagi aku kekuatan. Dia bagi aku rasa yang aku tak rasa bila aku tak couple." Mamat yang ada awek cun jawab dengan penuh perasaan. Aku menaip dengan seiring dengan kelajuan jawapan yang diberikan.

Fuh! Mujur tiada kesilapan ejaan. Aku pandang wajah mamat yang ada awek cun, bersedia bagi melontarkan soalan yang seterusnya.

"Kau belajar lagi, kan?"

Belum sempat aku bertanya, mamat yang ada awek cun terlebih dahulu memberi soalan.

Aku mengangguk sahaja.

"Couple ni bagus untuk orang yang tengah belajar."

Aku angkat muka. Aku pandang mata mamat yang ada awek cun itu dalam-dalam. "Tapi mak aku tak kasi couple masa belajar," aku menjawab naif.

Aku selalu ingat pesanan mak yang satu itu. Aku rasa, kerana pesanan itu, aku jadi seorang yang pemalu. Aku hanya mampu memandang orang yang aku suka sahaja. Berangan orang tu pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku.

"Tak payah la cakap dengan mak. Ini mesti anak mak!" Mamat yang ada awek cun memprovok aku.

'Kalau aku bukan anak mak, aku anak siapa? Anak kau?' Aku hanya mampu berkata dalam hati. Tak sopan sekiranya aku menghamburkan kata-kata sebegitu kepada orang yang aku sedang temu ramah ini.

"Kalau kau ada couple masa belajar, kau akan lebih bersemangat. Kau rasa nak tunjukkan sesuatu tentang diri kau tu kepada couple kau. Contohnya, kalau kau sebelum ni malas pergi kelas, bila ada couple kau akan rajin ke kelas. Selain nak tunjukkan kepada couple kau, kau juga bersemangat nak pergi kelas sebab couple kau pun ada." Mamat yang ada awek cun menerangkan dengan panjang lebar.

Mujur aku sudah dilatih bagi menaip dengan cepat. Setiap butir yang keluar dari mulut mamat yang ada awek cun dapat ditaip dengan jayanya.

"Tapi mak aku kata ada couple boleh buat hilang fokus nak belajar."

Mamat yang ada awek cun termenung. Aku rasa dia tengah cari hujah untuk mematahkan nasihat mak aku.

"Itu couple yang tak matang. Kau pun bukan budak sekolah lagi, kan?"

Aku mengangguk beberapa kali. Jelas benar raut wajah aku ini tidak awet muda. Mujur mamat yang ada awek cun dapat menangkap raut wajah aku ini menunjukkan aku seorang pelajar universiti. Kalau dia kata aku dah kerja....

Argh!!

Thursday 16 June 2011

tepuk sebelah tangan berbunyi ke?

korg pernah dgr x org kata ' tepuk sebelah tangan takkan berbunyi' ? aku dlu time kat kampong slalu dgr makcik2 ak ckp cmni...

ak pon try la tepok tgn sebelah....ade je bunyi...tp bunyi bkn cm tepuk dua belah lah..just bunyi pap pap pap...tp kire ade bunyi jugaklah kan?

ak x paham gak nape makcik2 ak duk ckp sal tepuk tgn, ak rse lg baek dorg ckp sal tepuk sambal ke, ketuk bawang ke, hiris lada ke, or goreng ayam ke..lgi lah byk manfaat tuh...xdelah ak nk dgr rungutan pakcik ak yg kna mkn kt luar tiap hari....hurm...

sampailah satu ketika dlm perjalanan hidup ak membuatkn ak paham ape mksudnye tuh...

korg paham x ape mksud peribahasa tu sebenarnya?

meh ak kasi satu contoh...harap2 boleh bantu korg  paham dgn lebih baik...huhuu

ade sorg hamba allah ni suke lah ke kelas..
dulu punyerlah pemalas no satu nk kelas...
smpaikan satu kelas tahu dia tu pemalas...
hinggalah dia ternmpk sorg awek ni..

n tersyok plak kt awek tuh..
awek tu biase je...(pada pandangan mata ak la..)
sejak aritu dia pon jadilah budak yg paling rajin ke kelas..
dahla selalu ke kelas, dtg awal plak tuh...

dak pompuan tu xtau pon sal ni..
sehinggalah satu hari..
time balik sekolah..
dah pompuan ni kuar ikut pagar belakang..

n ternmpk dak laki tu kt tepi pagar..
gaya cam menunggu somebody..
dak pompuan ni wat dono je..n jalan stret...sorg lak tuh..
dak laki tu pon ikut..

"eh td cam tngu org..ni elok2 lak jalan" pikir dak pompuan nih.
.....jalan diteroskan............

"ah sah dia tngu aku..." dak pompuan bersangka.
takut xyah ckp lah..
dak pompuan ni jnis yg x reti lah bende2 kapel nih..

dia cuma tahu studi..
tu je...
keadaan tu buat dak pompuan tu rse x best...
"maaflah..x berminatlah dgn bende2 cmni...masih belom cukup umor..."

dia pon x layan je dak laki tuh..
n dak laki ni memg terasa agak malu kot...

cinta ditolak..ditendang..direjek..mentah2 kot..
x kasi chance walau sekali pon...
sedeh gak la kan..
tp nak wat cemana...

"tepok sebelah tgn ni xkan berbunyi" kata makcik aku.

Sumber: Google Images


p/s: ak penah je tgk "ripleys believe it or not" yg tnjuk clap one hand pon bunyi gak...so korg decide sendiri lah nk stuju ke x ngan kata2 makcik2 ak nih =)...bak kata nelly, 'just a dream'.

Monday 13 June 2011

Demam Nora Elena..


Hari ni ak nk tulis sal cite Nora Elena sikit, bkn nk review ke ape cuma saje nk share pendapat aku ngan korang2 kat luar sana.

Giler hebat penangan cite ni smpaikan kawan ak kat luar negeri pon ade perasaan nk tgk same cite nih...

 Lagi kuat penangan si Aaron Aziz smpaikan hampir semua kawan2 pompuan ak dah mula berangan nk dpt suami cmtu..romantik, penyanyang, penyabar...full package la senang cakap...

tp persoalan yg timbul dlm kepala aku, ade ke yg cmtu? Dalam cite memg sume la ade, sbb cite tu berangan je..tu angan2 tuan penulis...

so nasihat kat tuan penulis, kalo nak berangan pon berpada2 la sikit..kesian kat sume gadis2, akak2 n makcik2 kat luar sana...dah mula nk demand..

dah la populasi laki tak bape ramai..yg pompuan sume take note yg ni ye..bkn x kasi korg demand..

cume silelah berpijak di bumi yg nyata.

Aku sempat gk singgah kat blog ni, kawan ak yg tlg rekemen katanya ada orang hntar surat bantahan ke tv3 sal cite si Nora Elena ni..

ak x follow pon cite ni n xtau la sebab ape nk hntar bantahan segala bagai ni....

Kawan ak pon kasi link n dia suh ak bc sndiri....nak link? ni hah..Surat Bantahan....

korg bole la baca sndiri nanti pastu kalo nk follow belog akak kite ni pon silekanlah...x sangka ak belog akak ni dah rmai gler follower..memg femes habis la nih...

Sumber:Google Image

Akhir kata dr aku..dah2 la tu berangan, moh la kite berpijak d bumi nyata...bak kata kak Nowa "BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"...hahahhaha...

Friday 10 June 2011

re-union

xatu nk komen ape..dah lame sgt rasenye x update blog ni..
ak duk baca blog org je beberapa ketika ni..
bkn xnak update..cuma xtau nk tulis pe..

satu benda yg ade dalam kepala ak skunk ni..

        RE-UNION

                                           Sumber: Google Images

beberapa hari yg lalu kawan2 aku bising sal re-union...
ade yg tnye ak bile mase n kt tmpt mane yg sesuai..
ak x la expert sgt bab2 planning event2 ni..
kalo tolong pegi n makan tu memang expert sesgt la...

memg dah bertahun x jumpe ngan kwn2..
mgkin dorg pon dah byk berubah..
rindu gk nk jumpe..sesembang cket...
tp tu lah...segan ni macam payah je nk buang..

"ko segan mende?" kawan ak tnye ak suatu mse dlu..
bila ak ckp xnak jumpe ngan dia sbb segan..
entahla...ak pon kurg pasti segan ape..
byk kot kenangan silam..
ade yg hepi..x kurang gk ngan yg x bape hepi..
kisah2 cinta yg x menjadi..
ishhh segan sih kalo ingt...
hahahha..
maybe tu la sbb ak segan nk join kut...
tp xpelah...
kalo dorg still on gk...
n ak kebetulan free..
ak pegila jugak...
mane tau jumpe sesape kan..
yg boleh masuk senarai..my 'for the rest of my life' partner...hahhaha..

k dah r..chow dlu..
ak dgr ade org tgh demam exam skunk nih..
tuk korg2 yg nak exam tu pepandai la jaga diri ye...

maintan ur health,
have enough sleep,
balance meals,
n good rest...

GOOD LUCK N ALL THE BEST!

Wednesday 1 June 2011

Malam Kelima dengan Afi: Mana soulmate aku?

Aku sibuk dua tiga menjak ni. Exam fever dengarnya. Well... yes. Aku nie masih student lagi di sebuah universiti yang korang tak payah la tahu.

Beberapa malam sebelum ni, aku tengok satu drama nie. Tapi aku tak adalah tengok dari awal, tengok dah nak penghujung cerita gak. Aku dapat sesuatu daripada drama yang aku tengok beberapa babak aje tu walaupun skrip macam hampeh.

Ceh! Sabar la dulu. Aku baru nak panaskan enjin nie. Korang mesti faham kan perasaan aku yang dah lama tak menulis kat sini.

Masalah aku dalam entri yang lepas tu, korang dah dapat selesaikan ke tak?

Tak?

Tak apalah. Aku punya masalah, kan. Aku la yang kena selesaikan sendiri.

Baiklah. Ini pengajaran yang aku kata tak berapa lama tadi:

Kena kenal betul-betul dengan pasangan sebelum pengantin lelaki mengangkat akad nikah. Ini tak dikhususkan untuk mana-mana jantina. Kedua-duanya boleh diguna pakai.

Sebab kalau nak kata perempuan tak berapa nak ada masalah, itu tak tepat pada masa sekarang. Perempuan zaman ni, dah tak macam dulu-dulu, sopan-sopan dan ayu-ayu belaka. Silap hari bulan, perempuan zaman sekarang lagi teruk perangainya daripada lelaki.

Lelaki, tak usah cerita la. Ada yang dah kahwin dan beranak pinak tapi masih mengaku bujang atau setidak-tidaknya duda. Bukan la nak kata salah kahwin dengan laki orang, tapi... aku nasihatkan baik tak payah la. Itu belum masuk perangainya lagi. Kalau dapat yang kaki pukul ke... haish la... aku gerenti korang mesti akan kata, "Baik jadi anak dara tak laku."

Dipendekkan cerita, aku dan Kacai buat satu konklusi.

Masa yang paling sesuai nak cari pasangan adalah ketika di universiti.

Sebab apa?

Sebab korang dapat kenal dengan pasangan korang tu.

Untuk perempuan yang takut terampas laki orang, aku jamin lelaki yang sama-sama belajar dengan korang tu masih solo. Kalau ada kawan satu universiti korang yang kawin, tentulah korang akan dijemput. Kalau yang ada populasi pelajar yang sangat ramai tu, ada aje mulut-mulut yang menyampaikan sesuatu berita baik, kan?

Untuk lelaki dan perempuan yang takut perangai pasangan korang macam hampeh, aku jamin ada manusia-manusia yang akan tolong korang. Mana-mana yang tak best tentang lelaki/perempuan pilihan korang, akan diberitahu time tu gak.

Bukan la aku nak kata orang yang dah bekerja nie tak boleh pakai. Tapi bila dah ada kat dalam dunia luar tu, macam-macam la boleh jadi sebab pengaruhnya tu lebih besar. Orang sana cucuk macam nie. Orang kat hujung pulak kata macam nie. Orang kat sebelah dah kata jangan. Lama-lama terpengaruh.

Jadi, macam biasa... kajian ni belum lengkap sepenuhnya. Aku pun tak buat survey kat orang luar untuk membuktikan kebenaran teori ciput nie. Nanti-nanti la... bila aku rasa aku cukup lapang dan bosan dengan kerja-kerja yang aku buat.

Selamat mencari soulmate di universiti.

Eh! Soulmate aku mana? Aku tengah tunggu nie. Datang cepat sikit boleh tak? Penat la tunggu lelama.

Sunday 22 May 2011

Malam Keempat dengan Afi: Rilek Sudah!

Sesiapa yang pernah rasa stress, sila angkat tangan. Haish, aku tak nampak pun? Korang nak dapatkan petua tak ni? Kalau tak pernah stress, dah tak payah baca. Ha, macam tu la. Angkat tangan tu, bagi tinggi sikit, kalau setakat paras-paras bahu je, dengan mata aku yang rabun ni, memang tak nampak la.

Aku ni boleh la dikatakan orang yang tak suka bila ada sesuatu yang menganggu fikiran. Aku ambil contoh pelajar memandangkan aku pun pernah melalui zaman sebagai pelajar, kan. Jadi, aku nak tanya la soalan basic, paling basic la kat korang. Kalau dah namanya pelajar, cuba beritahu aku tugas sebagai seorang pelajar. Apa? Aku tak berapa nak dengar la.

Belajar.

Dah namanya pelajar, kan. Confirm la korang kena giler-giler belajar. Kata nak dapat result gempak. Kata nak study overseas.  Aku tak la. Aku seperti biasa, tergolong dalam golongan biasa-biasa je.

Korang rasa stress tak belajar? Aku tak percaya kalau korang kata tak. Even kalau korang suka belajar, korang still akan rasa stress. Sebab tu la aku nak mencadangkan aktiviti lain kat korang untuk hilangkan stress belajar.

Pernah dengar orang kata, study smart, not study hard.

Aku mengamalkan prinsip macam tu la. Kalau dah rasa nak bersantai ke, beriadah ke, apa-apa aje... silakan la. Aktiviti macam tu, bukan nak ambil masa lama mana pun. Janji korang sedar yang korang tu pun masih pelajar dan masih ada tanggungjawab untuk belajar. Sesekali bersantai, kan... apa la salahnya. Rilek sudah!

Sumber: Google Image
Tapi, cuba korang bayangkan situasi yang aku alami ni, yang buat aku stress. Kawan-kawan kat sekeliling aku dah tolak awal-awal segala aktiviti yang tak berkaitan dengan belajar. Masa diorang kat depan meja, menghadap buku je selama mana mereka tak tidur. Tak sempat dah nak layan blog ni. Tak sempat nak buat apa dah. Aku yang tukang tengok pun dah stress.

Eh, aku nak mintak tolong korang ni, solve kan masalah aku.

bila tak layan..

korg pernah x rse x di layan?
cm kalo korg cite kt kawan korg, pastu kwn korg tu wat dek je..
mase tu korg rse cmne? ade rse terbakar x hati?
punye la penat n penuh excited cite, boleh dia wat dek je...

tp ok la kalo dia wat dek pon..
sbb ko tu yg salah timing..
kawan tu punye la takot coz jap g ade test..
korg blh plak nk cite time tu..
kalo cite bes xpe la jugak..
ni takat cite malam tadi tak dapat nk kejar lepas kat dapur
memg patotla kalo kawan ko tu x layan kan..

tu kire naseb baek kawan ko wat dek..
kalo aku agknye tros sound.." eh ko xde cite best cket ke?"

so, untuk mengubati hati yg sedih sbb x dilayan
jomlah kite pekena 'air kegembiraan'
cube teka air ape...itulah dia Bubble tea...
cube try tuk yg mane blum try..sure korg suke...n xkn sedeh2 lagi =)

                                                           Sumber: Google Images

Saturday 21 May 2011

Malam Ketiga dengan Afi: Hanya Mampu Berangan

Maaf. Semenjak dua menjak ni, aku sibuk sikit.

Berangan adalah salah satu hobi aku. Aku suka dengan hobi aku ni. Sebab berangan ni, tak ada sekatan. So, kalau korang nak berangan apa pun, tak kisah. Misalnya, kalau nak berangan kawin dengan Brad Pitt, Angelina Jolie confirm tak boleh nak buat apa sebab korang berangan je. Tak salah pun.

Tapi, control sikit la. Korang jangan pulak suruh mak korang masuk meminang Brad Pitt pulak. Tak pasal-pasal mak ayah korang kena fly ke Hollywood sana.

Aku nak share something tentang seseorang yang rapat dengan aku (bukan Kacai). Dia perempuan. Aku kategorikan dia dalam golongan perempuan yang biasa-biasa sahaja. Dia suka kat sorang lelaki ni. Lelaki ni boleh la dikategorikan dalam golongan good looking (ni pada pandangan mata aku la).

Kalau dah perempuan tu, mestilah penuh dengan rasa malu, kan. Macam tu lah jugak dengan perempuan ni. Nak tegur, takut mamat tu fikir si gadis ni nak mengurat (walaupun betul). Perempuan harus la malu kan kalau lelaki yang dia suka tu tahu yang dia nak mengurat lelaki tu. Perigi carik timba tu. Lagi kalau suka kat orang yang spesis ada geng. Buatnya mamat tu cerita kat semua kawan dia, tak ke malu? Itu lah yang menjadi penyekat kawan rapat aku ni untuk memulakan langkah.

Kawan rapat aku ni, pernah la juga tegur budak lelaki yang dia syok tu kat facebook, kadang-kadang, budak lelaki tu layan, kekadang tak. Kononnya nak memulakan langkah berkawan la tu. Baru-baru ni, budak lelaki tu macam dah bagi respon positif, kawan rapat aku pulak menggelabah. Takut lelaki tu nak mainkan dia aje sampai tak nak pandang langsung dah muka budak lelaki tu.

Dah budak lelaki tu dapat respon macam tu kan, dia tak ada lah nak tegur lagi. Kawan rapat aku tanya aku nak buat macam mana.

"Dah kau malu sangat sape suruh?" aku tanya dia.

"Dah kalau aku rasa macam perigi carik timba?" kawan rapat aku soal balik.

"Dah kalau nak, kena lah berusaha, kan?"

"Tapi kalau macam tak berjaya, je?"

"Berangan aje la."

Kawan rapat aku terus blah, tak jumpa-jumpa aku lagi. Aku try contact dia, nak jugak tahu apa perkembangan diorang, kan. Tapi, mungkin juga dia ikut nasihat aku tu.

Kalau aku? Aku pun spesis malu. Sebab tu sampai sekarang, aku masih single. Sebab aku hanya mampu berangan je.

kalau dah jodoh takkan kemana mana...

ak excited je nk sembang sal jodoh ni
maklumlah sehari dua  ni
byk tol undangan walimatul urus dr kawan2
kawan2 yg sebaya kire ok lg
tp kalau yg jemput tu adik2 junior
agak tercabar gk kt situ
mana x nye, adik junior kot

adik pon, bg la chance kt kakak2 n abang2 dlu kot ye pon...
tp kalo dah jodoh adik2 da sampai nk wat cemana kan..takkan nk suh hold plak
x baik plak cmtu kan3?

xpe ak x bape nk kesah pon..
sbb diri sendiri memg x bersedia pon lg
cume bile dgr ada kwn2 nk kawin ade la rse excited cket
maklum la nk kawin
tp pada masa yg sama sedih gk cket
sbb kwn2, teman berborak n berjalan2 n berlepak2 dah makin berkurang

pape hal pon ak doakan korg sume hepi2 n bahagia sentiasa menjalani hidup berumah tangga
bersama dgn pasangan masing2..

Sumber: Google Image

*ak tgh ade mission besa punye ni, so hal2 kawin sume ni ak terpakse postpone la dlu...korg nantikan mission nye ye..x sabar nk share ngan korg..huhuhu..=)

Monday 16 May 2011

Malam Kedua dengan Afi: Ada orang kawin!


Sumber: Google Image

Eceh! Gembiranya muka!

Basic la tu. Cuba cakap dengan aku, siapa yang tak gembira dapat kawin? Aku pun suka! Kan kita ni sama, jadi aku tahulah apa perasaan korang. Gatal eh, Afi!

Bersesuaian dengan tajuk, sejak kebelakangan ni aku menerima banyak jemputan kawin walaupun satu pun aku tak pergi. Aku bukan tak nak pergi, tapi aku ada komitmen lain yang tak dapat nak elak. Lagi satu, aku takut la nanti aku pulak yang terasa nak kawin. Calon pun tak ada, nanti aku jadi orang yang ala-ala terdesak pulak.

Kawin ni, walaupun hampir kesemua orang kat dunia ni suka (maafla kalau ada pembaca yang tak suka nak baca hal-hal kawin ni - jangan baca lagi, pergi cari entri lain yang tak ada kaitan dengan kawin), korang jangan lupa pada tanggungjawab.

Catatan untuk lelaki:

Bila korang dah melafazakan akad, korang kena ingat bahawa korang dah jadi laki orang. Jadi laki orang ni, maksudnya korang kena tanggung segala-galanya yang berkaitan dengan bini korang. Nafkah, zahir dan batin (lelaki tak ada masalah kot nak bagi nafkah batin), tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya. Even dosa bini korang pun tergalas atas bahu korang. Besar cik abang oi, tanggungjawabnya tu.

Catatan untuk perempuan:

Bila aku kata pihak lelaki kena tanggung serba-serbi, korang jangan ingat korang duduk goyang kaki aje. Makan, pakai laki korang kena jaga baik-baik. Aku pernah dengar orang kata, kalau nak ikat laki, ikat perut dia dulu. Kalau kau kasi makan mamak aje, nanti laki korang melekat terus kat kedai mamak, tak payah tunggu korang beli. Tanggungjawab jaga harta laki, layan laki, menjaga rumah tangga lagi. Itu bila belum ada anak, kalau dah ada anak, korang nak kena jaga anak lagi. Dalam masa yang sama, korang nak kena jaga laki korang lagi.


Sumber: Google Image

Aku sebenarnya bukan nak menakut-nakutkan korang. Kalau korang rasa dah bersedia nak menyarung wedding ring ke jari manis korang, eh, silakanlah. Aku suka. Korang jemput la aku, kalau aku tak terikat dengan apa-apa komitmen dan aku free waktu tu, aku sampai kat majlis korang.

Sebenarnya, aku nak mengingatkan diri aku yang masih lagi sendiri tanpa teman ni (Kacai ajela kawan aku), walaupun dapat jemputan bertimpa-timpa dari kawan-kawan sekolah dan adik-adik junior, tapi kalau aku masih tak menyiapkan diri untuk berpasangan, tak payahlah nak gatal-gatal nak menghadap mak.

"Mak, Afi dah gatal nak kawin ni."

Mungkin la mak korang tak kisah sebab tengok korang pun dah agak berusia tapi belum ada partner, tapi korang kisah kan la tanggungjawab yang korang bakal galas tu.

Aku ni macam tak menggalakkan korang kawin pulak kan. Tak la. Aku cuma bagi alasan untuk korang tenangkan diri bila dapat banyak jemputan dan masih tak ada pasangan macam aku ni. Huhuhu

Obesiti ke cik siti?

Ni ak nk tulis cket sal obesiti..
td sesambil lyn facebook ttibe kwn ak post something sal obesiti...
ak pon tekan la link yg dia share...
sekali baca...mak aih..tros terkejut...
mane xnye...dijangkakan 25% pelajar bakal obes pada 2020?

to sesape yg masih bergelar pelajar...korg kena hati2 cket, takot nanti korang tersenarai gk dlm list...
kalo dah obes, byk yg susah dr yg senang...


nk makan susah...lebih garam xleh, lebih manis xleh, lebih minyak xleh....nanti x pasal2 dpt 'sweet pee' lak....
nk gerak susah...jalan br cket,dah sempot....cmne nk join marathon...marathon sambil baring la jawabnye....
nk gne public transport lagi la susah...dgn manusia yg ramai tuh, terkepit2...ah seksanya badan...
yg paling pnting nk cari pkwe bertambah2 la susah....ade ke laki yg suke pompuan obes? kat tv ade je drama pompuan obes kawen ngan laki x obes cm 'cinta si bunga....' ....ak lupe tjuk full nye ape...tp pompuan x kesah lak kapel ngan laki yg berbadan beso nih....tu yg ak nmpk la...

kat atas tuh saje2 je ak merepek, nk obes ke x actually terpulang kt korg gak...fikir baik n buruk...selagi korg hepi ngan diri n surronding korg, tu kire ok lah kan..mknenyer korg hepi...tp for those yg rse x bape ok rse need to do something to ur self, better korg tnye pkcik google pape yg patot korg buat tuk kurgkan o tmbhkan berat badan...

lastly, ak biarkan korg sendiri cari jawapannya k?....senyum..senyum...senyum...=)

*tak kire r korg obes ke tak, korg tetap cantik bile korg senyum.

Sunday 15 May 2011

A pillow talk?

 Rutin setiap hari

pagi- bangun pagi, mandi pastu sesiap nk kuar dr rumah...
tengahari sikit- duk lelepak ngan kengkawan, sesembang dua tiga bakul...
petang-kelaparan, pegi makan sengsorang (bosan, sebab xde sape yg nk temankan !)
malam- balik ke rumah, cakap dengan teddy bear yg xleh bg respon, makan sikit2 then tido....

*rutin hidup aku yang xde pkwe...

Adeh, pedih rasenye bile baca komen kawan gue sorang ni...
kesian pon ade gak..
tp gue takleh buat apa la...
"sabor je la..nanti kan jumpe la tu..." cakap gue...
gue terpikir gk, kawan gue ni saje nk pancing gue ke...
maafla kalo gua 'tersyok' sendiri....
tp tu yg gue rse la...

dia memg dah baik sangat dah...
tp x lepas gue punye kriteria laah..
aih masalah....



Sumber: Google Images

nota kepala lutut: * gue ngah serabut, xtau mane 1 yg nk kna pilih...kasi tolong cket!

Malam Pertama dengan Afi: Mari Kita Belajar Sejarah!

Gadis A: Apa ni?

Afi: Apa ni? Apa ni? (Aku menahan suara daripada melebihi frekuensi yang sepatutnya. Sambil itu, tangan aku masih laju menaip pada papan kekunci. Mata aku juga fokus pada aksara yang aku taip - tak boleh salah ejaan)

Gadis A: Kata nak bincang hal yang serius aje? (Gadis A tarik muka masam, ala-ala mangga muda yang kelat tu)

Aku mengeluh. Jari aku berhenti menaip dan mata aku terfokus pada gadis A. Gadis A nampak malu-malu bila anak mata aku menikam tepat pada anak mata dia (anak memainkan peranan penting dalam misi aku untuk menggoda gadis A). 

Afi: Basic, gadis A. Aku nak kau jadi manusia yang tahu menghargai. Sebelum kita memulakan perbincangan yang serius, aku nak menghiburkan kau dengan sebuah cerita. Ke kau tak sudi nak dengar cerita aku? (Nada suara aku dikendurkan menjelang akhir ucapan.  Muka aku pun dah ditukar kepada mood paling sayu. Aku nak gadis A rasa bersalah)

Gadis A: Tapi, aku tak suka sejarah (Suara gadis A kedengaran perlahan. Aku senyum lebar, selebarnya. Jerat sudah mengena. Lalalalalala)

Afi: Macamlah aku suka sangat. Aku tidur kot dalam kelas. Nasib baik aku dapat A1 masa SPM (aku menjawab dengan penuh bangga)

Mata gadis A sudah mula bersinar. Sengihan aku semakin melebar-lebar. Aku suka bila orang lain suka, macam gadis A ni. Korang suka tak?

Ke korang rasa aku dah mengarut? Okeyla. Aku balik ke pangkal jalan. 


Malam Pertama dengan Afi: Mari Kita Belajar Sejarah

Aku dengan Kacai mula kenal sejak beberapa tahun yang lepas. Sejak-sejak aku terpaksa berhijrah ke bandar ni. Dulu, aku dengan Kacai tak macam sekarang ni. Dulu, aku biasa buat kerja aku diam-diam dan sorangf-sorang. Mana ada masa aku nak hiraukan Kacai. 

Kalau tanya aku macam mana kiteorang boleh jadi macam belangkas ni, aku pun tak de jawapan. Sebab aku sendiri tak ingat macam mana hubungan kiteorang mula. Aku tegur Kacai ke? Ke Kacai usha aku? 

Bila dah ada hubungan yang macam belangkas tu, kiteorang mula share something tentang pengalaman-pengalaman yang pernah kiteorang lalui. Dari sejarah keluarga sampai ke sejarah percintaan. Bukan pengalaman sendiri je, pengalaman orang lain pun kiteorang layan. 

Korang tahu bila kiteorang share? Masa nak tidur sebab masa nie, masing-masing dah mula nak berangan sebelum belayar. Jadi, apa-apa yang kiteorang kongsikan seterusnya nanti adalah koleksi cerita sebelum tidur kiteorang. Bila dicompilekan, lahirla Pillow Talk. 

Aku nak recommend korang baca tulisan Kacai. Dia banyak pengalaman yang nak dikongsikan dengan korang. Bila dia start memberi pendapat, korang akan terasa, betul jugak apa dia kata ni. 

Tapi, korang tak payahlah nak percaya 100%. Sebab kiteorang punya kajian tak lah sebanyak profesor kat universiti tu. Randomly picked yang kiteorang rasa menarik nak dikongsi. Kalau korang rasa berguna, ambillah. Kalau tak, delete je apa yang korang baca dari memori korang. 

Kiteorang tak kisah. 

Selamat membaca di Pillow Talk. Selamat bertemu dengan Afi pada malam-malam seterusnya.