Pages

Friday 28 October 2011

Malam Kesembilan dengan Afi: Hubungan Tanpa Wajah

Hubungan tanpa wajah ini maksudnya hubungan (merujuk kepada hubungan lelaki dan perempuan) yang terjadi tanpa mengenali wajah kenalan masing-masing. Biasanya hubungan ini terjadi akibat tersalah hantar masej ke nombor telefon orang lain atau mungkin juga saje-saje berkenalan di chatting room atau mungkin juga di laman web sosial.

Okey. Aku terlupa, okey.

Korang apa khabar? Korang mesti rindu aku, kan? Sebab aku dah lama sangat tak jenguk korang. Well... well... well... aku semakin dewasa dan komitmen semakin berat tergalas di bahu.

Korang pernah berkenalan dengan orang yang tak dikenali?

Aku baru dapat stoty dari sorang kawan aku. Dua tahun lepas, dia dapat SMS berbaur keganasan daripada seseorang yang tak dikenali. Lepas diterangkan, ternyata si penghantar SMS tu dah tersalah orang. Maka, kawan aku yang perempuan ini pun melayan-layan si penghantar SMS. Kononnya nak buat penghibur diri yang kesepian. Tapi, kawan aku tu kata, dia banyak jugak la klentong si lelaki penghantar SMS seperti umur, nama dan sebagainya. Mereka dah lama tak berhubungan, tetapi dua tiga hari lepas, kawan aku kata lelaki tu call dia dan mintak add facebook sebab nak tengok gambar. Dia pun tipu nama facebook yang mungkin tak wujud. Dia tanya aku, wajar ke tindakan dia tu? Sebab apa? Sebab dia kata ada je orang yang bertemu jodoh dengan cara macam tu dan dia takut la orang yang dia nak elak sangat tu jodoh dia.

Meh sini, aku nak kasi jawapan.

Kepada kawan aku yang hanya mahu dikenali sebagai IFA (bukan nama sebenar)

Kau tak payah la nak rasa terdesak sangat. Umur kau pun bukannya tua sangat pun lagi. Baya-baya aku je (aku muda belia lagi tau). Memang la kalau kau compare zaman mak-mak kita tu, umur macam ni dah ada anak. Tapi zaman sekarang ni, aku rasa tak payah la nak rasa macam mak-mak kita tu. Enjoy your life, paling penting, habiskan pengajian dulu. Belajar pun tak habis lagi dah gatal nak berendut dengan lelaki yang entah sesiapa tu.

Buatnya lelaki tu dah ada anak bini.

Tak ke kau terlibat dengan aktiviti meruntuhkan rumah tangga orang. Kes naiya besar punya tu. Better la kau carik kawan-kawan kau buat penaman diri di kala sunyi. Mana la tahu in the end korang boleh tersangkut. At least, kau tahu kawan kau tu macam mana.

Jodoh pertemuan, ajal maut iu di tangan Tuhan.

Bagi aku, hubungan tanpa wajah ni satu penipuan. Berapa banyak pompuan yang dah kena tipu sebab percaya sangat dengan hubungan tanpa wajah ni? Kan dah masuk paper hari tu. Nak jadi macam tu dulu ke?

Kalau ada jugak jodoh korang, kau elak-elak pun sekarang, nanti-nanti jumpa la. Bukan dengan cara hubungan tanpa wajah la. Aku sangat encourage korang yang kat luar sana tu, jangan percaya sangat hubungan tanpa wajah ni, yau!

No comments: