Pages

Sunday 15 May 2011

Malam Pertama dengan Afi: Mari Kita Belajar Sejarah!

Gadis A: Apa ni?

Afi: Apa ni? Apa ni? (Aku menahan suara daripada melebihi frekuensi yang sepatutnya. Sambil itu, tangan aku masih laju menaip pada papan kekunci. Mata aku juga fokus pada aksara yang aku taip - tak boleh salah ejaan)

Gadis A: Kata nak bincang hal yang serius aje? (Gadis A tarik muka masam, ala-ala mangga muda yang kelat tu)

Aku mengeluh. Jari aku berhenti menaip dan mata aku terfokus pada gadis A. Gadis A nampak malu-malu bila anak mata aku menikam tepat pada anak mata dia (anak memainkan peranan penting dalam misi aku untuk menggoda gadis A). 

Afi: Basic, gadis A. Aku nak kau jadi manusia yang tahu menghargai. Sebelum kita memulakan perbincangan yang serius, aku nak menghiburkan kau dengan sebuah cerita. Ke kau tak sudi nak dengar cerita aku? (Nada suara aku dikendurkan menjelang akhir ucapan.  Muka aku pun dah ditukar kepada mood paling sayu. Aku nak gadis A rasa bersalah)

Gadis A: Tapi, aku tak suka sejarah (Suara gadis A kedengaran perlahan. Aku senyum lebar, selebarnya. Jerat sudah mengena. Lalalalalala)

Afi: Macamlah aku suka sangat. Aku tidur kot dalam kelas. Nasib baik aku dapat A1 masa SPM (aku menjawab dengan penuh bangga)

Mata gadis A sudah mula bersinar. Sengihan aku semakin melebar-lebar. Aku suka bila orang lain suka, macam gadis A ni. Korang suka tak?

Ke korang rasa aku dah mengarut? Okeyla. Aku balik ke pangkal jalan. 


Malam Pertama dengan Afi: Mari Kita Belajar Sejarah

Aku dengan Kacai mula kenal sejak beberapa tahun yang lepas. Sejak-sejak aku terpaksa berhijrah ke bandar ni. Dulu, aku dengan Kacai tak macam sekarang ni. Dulu, aku biasa buat kerja aku diam-diam dan sorangf-sorang. Mana ada masa aku nak hiraukan Kacai. 

Kalau tanya aku macam mana kiteorang boleh jadi macam belangkas ni, aku pun tak de jawapan. Sebab aku sendiri tak ingat macam mana hubungan kiteorang mula. Aku tegur Kacai ke? Ke Kacai usha aku? 

Bila dah ada hubungan yang macam belangkas tu, kiteorang mula share something tentang pengalaman-pengalaman yang pernah kiteorang lalui. Dari sejarah keluarga sampai ke sejarah percintaan. Bukan pengalaman sendiri je, pengalaman orang lain pun kiteorang layan. 

Korang tahu bila kiteorang share? Masa nak tidur sebab masa nie, masing-masing dah mula nak berangan sebelum belayar. Jadi, apa-apa yang kiteorang kongsikan seterusnya nanti adalah koleksi cerita sebelum tidur kiteorang. Bila dicompilekan, lahirla Pillow Talk. 

Aku nak recommend korang baca tulisan Kacai. Dia banyak pengalaman yang nak dikongsikan dengan korang. Bila dia start memberi pendapat, korang akan terasa, betul jugak apa dia kata ni. 

Tapi, korang tak payahlah nak percaya 100%. Sebab kiteorang punya kajian tak lah sebanyak profesor kat universiti tu. Randomly picked yang kiteorang rasa menarik nak dikongsi. Kalau korang rasa berguna, ambillah. Kalau tak, delete je apa yang korang baca dari memori korang. 

Kiteorang tak kisah. 

Selamat membaca di Pillow Talk. Selamat bertemu dengan Afi pada malam-malam seterusnya.

No comments: