Pages

Sunday 22 May 2011

Malam Keempat dengan Afi: Rilek Sudah!

Sesiapa yang pernah rasa stress, sila angkat tangan. Haish, aku tak nampak pun? Korang nak dapatkan petua tak ni? Kalau tak pernah stress, dah tak payah baca. Ha, macam tu la. Angkat tangan tu, bagi tinggi sikit, kalau setakat paras-paras bahu je, dengan mata aku yang rabun ni, memang tak nampak la.

Aku ni boleh la dikatakan orang yang tak suka bila ada sesuatu yang menganggu fikiran. Aku ambil contoh pelajar memandangkan aku pun pernah melalui zaman sebagai pelajar, kan. Jadi, aku nak tanya la soalan basic, paling basic la kat korang. Kalau dah namanya pelajar, cuba beritahu aku tugas sebagai seorang pelajar. Apa? Aku tak berapa nak dengar la.

Belajar.

Dah namanya pelajar, kan. Confirm la korang kena giler-giler belajar. Kata nak dapat result gempak. Kata nak study overseas.  Aku tak la. Aku seperti biasa, tergolong dalam golongan biasa-biasa je.

Korang rasa stress tak belajar? Aku tak percaya kalau korang kata tak. Even kalau korang suka belajar, korang still akan rasa stress. Sebab tu la aku nak mencadangkan aktiviti lain kat korang untuk hilangkan stress belajar.

Pernah dengar orang kata, study smart, not study hard.

Aku mengamalkan prinsip macam tu la. Kalau dah rasa nak bersantai ke, beriadah ke, apa-apa aje... silakan la. Aktiviti macam tu, bukan nak ambil masa lama mana pun. Janji korang sedar yang korang tu pun masih pelajar dan masih ada tanggungjawab untuk belajar. Sesekali bersantai, kan... apa la salahnya. Rilek sudah!

Sumber: Google Image
Tapi, cuba korang bayangkan situasi yang aku alami ni, yang buat aku stress. Kawan-kawan kat sekeliling aku dah tolak awal-awal segala aktiviti yang tak berkaitan dengan belajar. Masa diorang kat depan meja, menghadap buku je selama mana mereka tak tidur. Tak sempat dah nak layan blog ni. Tak sempat nak buat apa dah. Aku yang tukang tengok pun dah stress.

Eh, aku nak mintak tolong korang ni, solve kan masalah aku.

No comments: