Pages

Friday 17 June 2011

Malam Keenam dengan Afi: Sumber Inspirasi

"Apasal nak couple?" Aku tanya direct pada sorang mamat yang ada awek cun dengan nada jeles. Bukannya apa, aku nak juga tahu apa istimewa bila ada couple. Aku masih suci daripada najis couple (maaf kalau korang rasa keterlaluan).

Mamat yang ada awek cun tersenyum lebar. Mungkin dia bangga kerana ada awek cun. Aku menunggu dengan sabar. Kata nak buat kajian, aku kena terima reaksi sebegini. Mungkin mamat yang ada awek cun itu mahu berfikir dahulu, mahu memberikan aku jawapan terbaik. Aku mana tahu, kan?

"Couple ini memberi sumber inspirasi. Dia bagi aku semangat. Dia bagi aku kekuatan. Dia bagi aku rasa yang aku tak rasa bila aku tak couple." Mamat yang ada awek cun jawab dengan penuh perasaan. Aku menaip dengan seiring dengan kelajuan jawapan yang diberikan.

Fuh! Mujur tiada kesilapan ejaan. Aku pandang wajah mamat yang ada awek cun, bersedia bagi melontarkan soalan yang seterusnya.

"Kau belajar lagi, kan?"

Belum sempat aku bertanya, mamat yang ada awek cun terlebih dahulu memberi soalan.

Aku mengangguk sahaja.

"Couple ni bagus untuk orang yang tengah belajar."

Aku angkat muka. Aku pandang mata mamat yang ada awek cun itu dalam-dalam. "Tapi mak aku tak kasi couple masa belajar," aku menjawab naif.

Aku selalu ingat pesanan mak yang satu itu. Aku rasa, kerana pesanan itu, aku jadi seorang yang pemalu. Aku hanya mampu memandang orang yang aku suka sahaja. Berangan orang tu pun mempunyai perasaan yang sama dengan aku.

"Tak payah la cakap dengan mak. Ini mesti anak mak!" Mamat yang ada awek cun memprovok aku.

'Kalau aku bukan anak mak, aku anak siapa? Anak kau?' Aku hanya mampu berkata dalam hati. Tak sopan sekiranya aku menghamburkan kata-kata sebegitu kepada orang yang aku sedang temu ramah ini.

"Kalau kau ada couple masa belajar, kau akan lebih bersemangat. Kau rasa nak tunjukkan sesuatu tentang diri kau tu kepada couple kau. Contohnya, kalau kau sebelum ni malas pergi kelas, bila ada couple kau akan rajin ke kelas. Selain nak tunjukkan kepada couple kau, kau juga bersemangat nak pergi kelas sebab couple kau pun ada." Mamat yang ada awek cun menerangkan dengan panjang lebar.

Mujur aku sudah dilatih bagi menaip dengan cepat. Setiap butir yang keluar dari mulut mamat yang ada awek cun dapat ditaip dengan jayanya.

"Tapi mak aku kata ada couple boleh buat hilang fokus nak belajar."

Mamat yang ada awek cun termenung. Aku rasa dia tengah cari hujah untuk mematahkan nasihat mak aku.

"Itu couple yang tak matang. Kau pun bukan budak sekolah lagi, kan?"

Aku mengangguk beberapa kali. Jelas benar raut wajah aku ini tidak awet muda. Mujur mamat yang ada awek cun dapat menangkap raut wajah aku ini menunjukkan aku seorang pelajar universiti. Kalau dia kata aku dah kerja....

Argh!!

4 comments:

flycamar said...

persepsi kapel..lain org..lain fikirannya..

apa2x pun, x kira la ada kapel @ x..kita enjoy ja ngan life kita..

Fatiya said...

betul la tu flycamar... bukan kapel aje, semua benda...semua orang ada pendapat masing2 tentang sesuatu...

sementara masih diberi kesempatan hidup ni, let's enjoy our life...

Kacai said...

senang cakap..live ur life to the fullest...perasaan ni xleh dilayan sgt..makin d layan, makin menjadi2..=)

Fatiya said...

ambik kau sebijik..Kacai ni suka nak menyindir la...