Pages

Wednesday 1 June 2011

Malam Kelima dengan Afi: Mana soulmate aku?

Aku sibuk dua tiga menjak ni. Exam fever dengarnya. Well... yes. Aku nie masih student lagi di sebuah universiti yang korang tak payah la tahu.

Beberapa malam sebelum ni, aku tengok satu drama nie. Tapi aku tak adalah tengok dari awal, tengok dah nak penghujung cerita gak. Aku dapat sesuatu daripada drama yang aku tengok beberapa babak aje tu walaupun skrip macam hampeh.

Ceh! Sabar la dulu. Aku baru nak panaskan enjin nie. Korang mesti faham kan perasaan aku yang dah lama tak menulis kat sini.

Masalah aku dalam entri yang lepas tu, korang dah dapat selesaikan ke tak?

Tak?

Tak apalah. Aku punya masalah, kan. Aku la yang kena selesaikan sendiri.

Baiklah. Ini pengajaran yang aku kata tak berapa lama tadi:

Kena kenal betul-betul dengan pasangan sebelum pengantin lelaki mengangkat akad nikah. Ini tak dikhususkan untuk mana-mana jantina. Kedua-duanya boleh diguna pakai.

Sebab kalau nak kata perempuan tak berapa nak ada masalah, itu tak tepat pada masa sekarang. Perempuan zaman ni, dah tak macam dulu-dulu, sopan-sopan dan ayu-ayu belaka. Silap hari bulan, perempuan zaman sekarang lagi teruk perangainya daripada lelaki.

Lelaki, tak usah cerita la. Ada yang dah kahwin dan beranak pinak tapi masih mengaku bujang atau setidak-tidaknya duda. Bukan la nak kata salah kahwin dengan laki orang, tapi... aku nasihatkan baik tak payah la. Itu belum masuk perangainya lagi. Kalau dapat yang kaki pukul ke... haish la... aku gerenti korang mesti akan kata, "Baik jadi anak dara tak laku."

Dipendekkan cerita, aku dan Kacai buat satu konklusi.

Masa yang paling sesuai nak cari pasangan adalah ketika di universiti.

Sebab apa?

Sebab korang dapat kenal dengan pasangan korang tu.

Untuk perempuan yang takut terampas laki orang, aku jamin lelaki yang sama-sama belajar dengan korang tu masih solo. Kalau ada kawan satu universiti korang yang kawin, tentulah korang akan dijemput. Kalau yang ada populasi pelajar yang sangat ramai tu, ada aje mulut-mulut yang menyampaikan sesuatu berita baik, kan?

Untuk lelaki dan perempuan yang takut perangai pasangan korang macam hampeh, aku jamin ada manusia-manusia yang akan tolong korang. Mana-mana yang tak best tentang lelaki/perempuan pilihan korang, akan diberitahu time tu gak.

Bukan la aku nak kata orang yang dah bekerja nie tak boleh pakai. Tapi bila dah ada kat dalam dunia luar tu, macam-macam la boleh jadi sebab pengaruhnya tu lebih besar. Orang sana cucuk macam nie. Orang kat hujung pulak kata macam nie. Orang kat sebelah dah kata jangan. Lama-lama terpengaruh.

Jadi, macam biasa... kajian ni belum lengkap sepenuhnya. Aku pun tak buat survey kat orang luar untuk membuktikan kebenaran teori ciput nie. Nanti-nanti la... bila aku rasa aku cukup lapang dan bosan dengan kerja-kerja yang aku buat.

Selamat mencari soulmate di universiti.

Eh! Soulmate aku mana? Aku tengah tunggu nie. Datang cepat sikit boleh tak? Penat la tunggu lelama.

No comments: